Saat engkau rasa dendam, benci dan sakit hati, engkau tidak
tahu betapa kusutnya rasa ikatan kebencian bersimpul penuh, seakan tidak boleh
dirungkai lagi. Dan saat itu, semua cinta yang pernah kau luahkan
perlahan-perlahan menjadi satu titik hitam besar yang tak terbayangkan
pekatnya. Enam purnama berlalu dan kau masih mengeram rasa dendam,
mengerang-erang pada malam-malam mu, menjadikan kau manusia yang seolah tidak
punya pilihan.
Lepaskan.
Kau masih memegang kerana kau tidak ingin
melepaskan apa yang bukan punya mu. Kerna itu, hidup kau masih menangisi
harapan, masih bertaut pada dahan yang rapuh sungguh dan dirimu gersang sehingga kering dari air cita-cita.
Lepaskan.
Jika kau tidak ingin jatuh pada lembah dendam dan
kebencian, sesakit mana pun jiwa, lepaskan. Kerna itu bakal membuatkan mu lebih
tenang, mahu akur pada ketetapan Tuhan. Dan percayakan bahawa cintamu akan mula
tumbuh semula, pada dahan yang lebih kuat, ampuh dan bakal menyelimutimu dengan
dedaunan yang lebih hijau dan segar.
Lepaskan dan damaikan hatimu sendiri.

Lepaskan....damai pasti muncul menjadi milikmu..
ReplyDelete